3 Februari 2015 - 05:35
Majma' Ahlul Bait kecam jenayah pengganas di Shikarpur

Berikutan jenayah terbaru pengganas di Shikarpur yang mengorbankan 60 jiwa yang sedang menunaikan solat, pertubuhan Majma' Jahani Ahlul Bait mengeluarkan kecaman keras ke atas aksi tidak berperi kemanusiaan ini dan menyeru pertubuhan antarabangsa seperti PBB dan OIC memainkan peranan dalam menghentikan aktiviti terrorisme di seluruh dunia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.ir) - Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) mengeluarkan kenyataan tentang serangan pengganas terhadap jemaah Syiah yang sedang menunaikan solat di kota Shikarpur, Sind, Pakistan yang menyebabkan 60 orang terkorban.

Teks kenyataan Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) adalah seperti berikut:

Dengan Nama Allah Yang Maha Tinggi

وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ

"Dan orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali."

Jenayah buta tuli, ekstremis dan mundur muncul sekali lagi, darah golongan tidak berdosa dan insan yang tidak mempunyai perlindungan telah tumpah ke muka bumi.

Meskipun ekstremism telah lama berlalu dalam sejarah yang panjang, namun pihak kuasa dominasi dan badan perisikan Barat terutama sekali Amerika selaku kepala penjenayah, rejim penjajah al-Quds serta musang tua England cuba memanjangkan tangan untuk mengambil kesempatan atas perselisihan dan ketaksuban beragama ini. Mereka sentiasa mengiringi dalang propaganda terbesar pemecah belah dan pemicu perselisihan terbesar ini. Oleh itu, Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) menunaikan tanggung jawabnya dengan menyatakan kecaman terhadap insiden keganasan dan serangan bunuh diri terhadap jemaah yang menunaikan solat di dalam Husainiyah Karbalayi Ma'la di Shikapur, wilayah Sind, Pakistan di samping mengajak penganut semua mazhab ke arah perdamaian dan keharmonian.

Kami percaya, rakyat negara ini yang memahami, para cerdik pandai dan para pegawainya dapat menunaikan amanahnya demi menyekat gerakan buta tuli serta ekstremisme ini serta menghadapi sebarang aksi-aksi sepertinya, selain memantaunya dengan penerapan undang-undang.

Dengan ini, diharap pihak PBB dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa terutamanya OIC menunaikan tanggung jawab dengan mengeluarkan kecaman keras tindakan jenayah, anti Islam dan tidak berperi kemanusiaan demi penyingkiran ekstremisme dan terrorisme di rantau ini dan seluruh dunia.

Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s)